MENU

Perkhidmatan Pembelian Pelekat Bulanan

Pelekat Bulanan ini boleh digunakan di semua petak di bawah kawalan Majlis Perbandaran Kemaman. Kadar bayaran pelekat bulanan ini adalah sebagaimana berikut :
 

1 Bulan RM 80.00
2 Bulan RM 150.00
3 Bulan RM 220.00

Penyewaan Petak Tempat Letak Kereta Khas (Bermusim)

Bahagian Letak Kereta Majlis Perbandaran Kemaman (BLK, MPK)  turut menyediakan kemudahan Penyewaan Petak Tempat Letak Kereta Khas. Ia adalah bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan bagi meletakkan kenderaan mereka pada bila-bila masa yang mereka kehendaki. Bagi penyewa yang ingin menyewa petak letak kereta, mereka perlu mematuhi garis panduan berikut :

  1. Petak yang dipohon haruslah berada di hadapan kedai atau premis penyewa dan tidak mengganggu lalulintas.
  2. Petak yang dipohon itu haruslah tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat perniagaan yang sesak dan pusat membeli-belah kerana ia akan menyebabkan orang tidak dapat meletak kenderaan mereka.

Cara-cara Membuat Sewaan

  1. Pemohon boleh datang sendiri dengan membawa surat permohonan penyewaan petak bermusim ke Bahagian Letak Kereta lengkap dengan tujuan permohonan, gambar petak serta nombor petak yang dipohon.
  2. Setelah diluluskan, pemohon akan menerima surat jawapan dan dikehendaki membuat bayaran Deposit dan bayaran penyewaan terlebih dahulu sebelum petak tersebut dicatkan sebagai petak khas.

 

Sewaan Petak Yang Dibenarkan

  1. Kedai aksesori dan servis kereta (diwajibkan)
  2. Kedai Menjual Kereta
  3. Premis-premis perniagaan yang layak dipertimbangkan.

## Nota : Walaubagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada keadaan kawasan dan petak yang dipohon.