MENU

Tempat Letak Kereta Sistem Bermeter (Mackay Single Bay)

Tempat Letak Kereta Sistem Bermeter jenis Mackay Single Bay adalah sistem paling lama digunakan. Meter ini terletak di dalam setiap petak letak kereta. Pengguna hanya dikehendaki memasukkan duit bayaran letak kereta di dalam meter mengikut tempoh masa yang perlu digunakan.

Sekiranya Meter Mackay Single Bay ini mengalami kerosakan atau dalam proses penentusahan oleh pihak yang bertanggungjawab, pengguna hendaklah menggunakan Kupon Letak Kereta sebagai bayaran letak kereta. Majlis telah menampal makluman tersebut pada setiap meter berkenaan.

Bayaran bagi penggunaan meter ini:

10 sen - 10 minit
60 sen - 1 jam