MENU

28 Mei 2018 : Satu program Pengagihan Bubur Lambuk sempena Indahnya Ramadhan Beautiful Terengganu 2018 telah diadakan dengan jayanya oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kemaman  dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Sebanyak 1500 bekas bubur lambuk telah disedia dan diagihkan kepada kakitangan serta orang awam di hadapan Kemaman Centre Point. Program itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Haji Johan bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

 

[Ke Galeri Gambar]