MENU

9 Julai 2018 : Gimik pelancaran jersi serta kelab basikal Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kemaman (KKSMPK) telah berlangsung di perkarangan parkir kereta pejabat.

Di antara objektif utama penubuhan kelab basikal ini adalah menggalakkan aktiviti berbasikal di kalangan warga kerja MPK. Selain mengamalkan gaya hidup yg sihat,ianya juga akan menjadi contoh kepada orang awam untuk bersama-sama menggalakkan orang awam berbasikal.

Program gimik ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Ahmad Faris Bin Abdul Razak selaku Yang DiPertua Kelab Kebajikan dan Sukan MPK, sambil diiringi oleh Encik Manain Bin Mat Harun selaku Naib Yang Dipertua II KKSMPK.

Penubuhan kelab basikal ini diharapkan dapat menaikkan nama Majlis Perbandaran di dalam arena basikal sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang menggalakkkan aktiviti berbasikal di kalangan pekerja.

[Ke Galeri Gambar]