MENU

2 Sept 2018 : Laman Seri Terengganu hasil rekaan pereka dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu)  yang menampilkan istana lama dan elemen ukiran kayu memenangi Anugerah Perdana Taman ( Garden Prime Award)  pada penganjuran FLORIA Diraja Putrajaya 2018, sekaligus membawa pulang hadiah RM15,000. 

Bukan itu sahaja, SUK Terengganu turut menang besar kali ini apabila memenangi Anugerah Taman Malaysia   (Garden of Malaysia Award) beserta wang tunai RM5,000.

Dua lagi anugerah yang dimenangi adalah melalui pereka Laman Sri Terengganu, Shamsul Syahiran Mohd Samsudin  yang diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pereka Terbaik , selain Anugerah Taman Paling Popular yang baharu diperkenalkan tahun ini berdasarkan pemilihan atas talian.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Sementara itu, Shamsul Syahiran berkata turut ditampilkan pada Laman Sri Terengganu adalah pembuatan batik dan songket yang sinonim dengan negeri berkenaan selain sukan rakyat.

 

Petikan Ihsan : Utusan Online

 

[Ke Galeri Gambar]