MENU

8 Nov : Satu program konvoi bermotosikal yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kemaman (KKSMPK) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman ke Cameron Highland telah diadakan selama 3 hari bermula 8 - 10 Nov 2018.

Seramai 57 orang peserta (termasuk AJK) yang telah menyertai program ini yang diketuai oleh Pengerusi Kelab KKSMPK. Pelepasan telah diadakan di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Kemaman oleh Pengarah Jabatan Pelesenan, Dr. Rosli bin Mohamad.

Pengisian program ini bukan sekadar sukan sahaja bahkan turut mengadakan program amal ke Perkampungan Ibadah Warga Emas Raub (PERWEIRA), bagi melihat dan membantu golongan tersebut. Pihak KKSMPK dan pentadbiran ini telah menyumbangkan wang tunai beserta barangan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu.

 Ke Galeri Gambar