MENU

25 Sept 2019 : Sempena Bulan Muharram, satu Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Jabatan Majlis Perbandaran Kemaman telah diadakan secara gotong-royong di kawasan parkir kereta. Acara tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kedatangan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Haji Wan Zaki bin Wan Ali, Setiausaha serta Pegawai-Pegawai.

Sebanyak 15 kawah dimasak secara gotong-royong bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Bubur asyura telah masak diagihkan kepada kakitangan serta penduduk setempat untuk dinikmati bersama.  

[Ke Galeri Gambar]