MENU

6 Oktober 2019 : Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menyertai pameran di Karnival Inovasi ICT Terengganu 2019 di Kuala Terengganu yang diadakan bermula dari 6-8 Oktober 2019. Program ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Inovasi di dalam ICT. Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu dengan kerjasama TD1303 dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu. Di sepanjang pameran ini berjalan, MPK telah mempamerkan kepada orang awam produk inovasi sistem pengurusan sisa pepejal iaitu SmartBin Core. Di Majlis Penutup acara ini, Majlis Perbandaran Kemaman telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Pameran Terbaik. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

 

[Ke Galeri Gambar]