MENU

15 Februari 2020 : Perasmian Karnival Kemaman Sejahtera Sempena Pemasyhuran MPK Ke 18 telah diadakan di Tempat Letak Kereta, Jalan Padang . Majlis tersebut dihadiri dengan kehadiran tetamu VIP seperti YB Tuan Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman, YB Haji Hanafiah bin Mat, ADUN Cukai, YB Haji Abdul Razak bin Ibrahim, ADUN Air Putih, YB Ir Saiful Azmi bin Suhaili ADUN Kemasik juga YB Ustaz Hazri bin Jusoh, Pengerusi Penyelaras Dun Kijal serta Yang Berusaha Haji Mohamad bin Abdul Rahman @ Othman, Pegawai Daerah Kemaman.

Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Setiausaha MPKemaman merangkap Yang Dipertua kelab Kebajikan dan Sukan Majlis, Haji Ahmad Nazwawi bin Harun dan juga Yang Dipertua MPKemaman, Encik Jusman bin Ibrahim.

Majlis juga turut dihadiri Pengurus Asfa D Village iaitu Yang Berbahagia Dato'Haji Khaidir Khana bin Hamzah, selaku Penganjur Program Karnival Kemaman.

Majlis diakhiri dengan pelbagai cabutan bertuah. Terima kasih kerana menjayakan program perasmian ini dengan penuh gemilang.

[Ke Galeri Gambar]