MENU

Pihak Jabatan telah mengenal pasti beberapa lokasi yang telah dijadikan tempat pembuangan sisa pepejal / sampah sarap tanpa kebenaran iaitu di :

  • Hadapan Masjid Kuala Kemaman ; dan
  • Berhampiran Sekolah Rendah Bukit Anak Dara

Perkara ini telah menyebabkan kacauganggu dan mengundang masalah wabak penyakit.  Majlis Perbandaran Kemaman telah mengambil langkah proaktif membersihkan kawasan tersebut. Sekiranya penduduk Daerah Kemaman mempunyai maklumat berkaitan perkara di atas atau lokasi-lokasi lain yang menjadi tempat pembungan sampah yang tidak dibenarkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman, sila hubungi jabatan di talian 09-8597777 sambungan 316.

Sila layari laman web di http://mpk.terengganu.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa untuk mengetahui kaedah pembuangan sampah di tapak pelupusan sampah Majlis Perbandaran Kemaman.

#hapuskandenggi
#kitabelummenang
#janganjadipencemaralamsekitar
#jumpasampahkutip
#jagakebersihanpersekitarankita