MENU
PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI BAGI KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) FASA 2
 
Kerja-kerja pembinaan bangunan kediaman persendirian;
a. permohonan ini khusus kepada bangunan yang telah mendapat KELULUSAN PELAN BANGUNAN daripada pihak Majlis;
b. pembinaan yang tergendala dan baru;
c. melibatkan PEKERJA TEMPATAN dan pekerja daripada daerah Kemaman sahaja (60%);
d. pembinaan ini hendaklah dipohon oleh PEMILIK BANGUNAN SAHAJA;
e. tukang kayu biasa dan kontraktor berdaftar boleh menjalankan pembinaan ini (kontraktor G1 dan G2).
Proses untuk permohonan ini adalah selama 7 HARI dari tarikh penerimaan borang tersebut.
 
PERINGATAN!!!
Permohonan ini hanya diberikan atas SATU BANGUNAN SAHAJA bagi satu permohonan.
 
Sebarang surat keputusan bagi permohonan tersebut boleh didapatkan di Pondok Kawalan Keselamatan, Majlis Perbandaran Kemaman.
 
TATACARA ‘DROP BOX’ :-
1) Sila imbas QR-CODE mengikut jenis urusan
2) Pastikan maklumat diisi dengan lengkap (dengan huruf besar)
3) Ambil gambar borang permohonan sebagai bukti pengemukakan
4) Masukkan borang ke dalam kotak yang disediakan