MENU

8 Okt 2015 : Program Hari Inovasi telah diadakan pada 8 Oktober 2015 di Dewan Seri Amar, Jalan Abd. Rahman, Kemaman.

Program ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada kakitangan-kakitangan yang cemerlang bagi tahun 2014 dan anugerah pekerja cemerlang bulanan bagi bulan Mac hingga September 2015.

Program ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, En. Rosman bin Roslan. Turut hadir Tuan Setiausaha, En Mohd Anuar bin Awang serta ahli-ahli majlis Majlis Perbandaran Kemaman. Juga dilancarkan Kad Pekerja Baru bagi kakitangan MPK serta diselangi dengan cabutan bertuah.

 

1 2