MENU

21 Sept 2015 : Program sambutan Majlis Berkhatan dan Bertindik telah diadakan pada 21 September 2015 bertempat di Dewan Seri Amar jam 8.00 pagi. Acara ini merupakan acara dwi tahunan di bawah aktiviti Biro Kebajikan Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kemaman (KKSMPK).

Majlis sambutan ini diadakan bagi meraikan anak-anak ahli KKSMPK serta warga kerja MPK, khususnya kepada mereka yang akan melangsungkan upacara berkhatan pada musim cuti persekolahan tahun 2015. Seramai 71 anak-anak kakitangan yang terdiri daripada 27 orang lelaki dan 44 orang perempuan berumur 3 hingga 12 tahun.

Majlis seperti ini dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekeluargaan di antara Warga Kerja MPK.

P1 P2