MENU

15 Dis 2016 : Satu majlis khas iaitu Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016 telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 15 Dis 2016. Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghargaan dan penganugerahan kepada semua pemenang pada malam itu.

Terdapat 4 anugerah inovasi yang dipertandingkan pada malam itu iaitu Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK), Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) dan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT). Dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Pada malam tersebut, Majlis Perbandaran Kemaman telah mendapat tempat ketiga di dalam Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) membawa pulang RM50,000.00. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan anugerah tersebut.

 

[Ke Galeri Foto]