MENU

7 Nov 2017 – Majlis Perbandaran Kemaman pada hari ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan PBT Cemerlang Peringkat Daerah Kemaman bagi tahun 2017. Pertandingan ini yang bermula pada Ogos lalu melibatkan empat kategori iaitu, Kategori Tandas Awam PBT, Tandas Stesen Minyak, Kedai Makan, dan Medan Selera PBT.

Pertandingan PBT Cemerlang ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan premis yang menajdi tumpuan pengunjung dan pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu. Selain itu, ianya bertujuan untuk menyahut seruan YAB Menteri Besar Terengganu dalam menjayakan slogan Terengganu TerBersih (TTB).

Setiap Johan kategori menerima wang tunai berjumlah RM 1,000.00 berserta plak dan layak mewakili Daerah Kemaman ke pertandingan di  peringkat negeri. Manakala Naib Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 750.00 berserta plak, dan Tempat Ketiga meraih wang tunai berjumlah RM 500.00 berserta plak. 
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Johan bin Ibrahim. Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan daerah, ahli-ahli majlis serta kakitangan.

 

h

h2

h3

h4