MENU

30 Nov 2017 : Satu Majlis Berkhatan dan Bertindik Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kemaman telah diadakan pada 30 November 2017 bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Majlis tersebut diadakan dua (2) tahun sekali bagi meraikan anak-anak kakitangan majlis. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Johan bin Ibrahim merangkap Penaung Kelab Kebajikan dan Sukan, KKSMPK. Turut hadir Tuan Setiausaha Majlis, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai Majlis.

Upacara merenjis dan penyampaian cenderahati kepada peserta berkhatan dan bertindik oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman diiringi Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Sukan, KKSMPK.

 

Ke Galeri Gambar