MENU

Rabu 20 April 2021 - Sebanyak 26.4 tan barangan kitar semula berjaya dikutip dalam masa tiga minggu melalui Pertandingan Kitar Semula & Plastik (PKSP2021) peringkat negeri Terengganu anjuran University College TATI (UC TATI) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia hasil kutipan daripada 10 buah sekolah dalam masa tiga minggu sahaja yang terdiri daripada plastik, aluminium/tin, kertas/kotak dan e-waste. Majlis Pengumuman Pemenang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Beliau berkata, antara salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam Pelan Strategik Malaysia Lestari 2030 adalah, menjadikan hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan sebagai hari pengumpulan e-waste negara.

Selain daripada Kategori Jualan Barangan Kitar Semula, pertandingan yang bermula akhir Februari 2021 ini turut mempertandingkan Kategori Inovasi Kitar Semula Plastik dan Kategori Hero3R. Kesemua pertandingan dijalankan secara dalam talian disebabkan oleh kekangan pandemik Covid-19 dengan keseluruhan penyertaan 28 buah sekolah menengah.

University College TATI (UC TATI) dan Majlis Perbandaran Kemaman berhasrat untuk terus menganjurkan pertandingan sebegini pada masa akan datang bagi memupuk semangat kitar semula dikalangan rakyat.

KITAR SEMULA BUMI SEJAHTERA.
BUKAN WANG JADI NILAIAN, TAPI ALAM JADI TARUHAN.

 

Klik Ke Galeri Gambar