MENU

3 Ogos 2015 : Satu lawatan khas Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman ke Daerah Kemaman telah diadakan pada 3 Ogos 2015. YAB juga telah mempengerusikan satu mesyuarat khas di Majlis Perbandaran Kemaman iaitu Majlis Taklimat Kebersihan Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Kemaman.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh pegawai-pegawai Daerah Kemaman termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, En. Rosman bin Roslan. Majlis tersebut juga diakhiri dengan gimik sempena pelancaran baja organik oleh Kumpulan KIK MPK 2015.

 

1 2