MENU

7 Januari 2018 : Satu majlis penyerahan kunci Gerai Jom Makan telah diadakan di Gerai Makan Jom Makan Hadapan TNB Cawangan Kemaman. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Dun Chukai Dato Mohamed Awang Tera, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Tuan Haji Johan bin Ibrahim, Tuan Setiausaha Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, ahli majlis, pegawai-pegawai majlis serta kakitangan majlis.

Majlis tersebut diselitkan dengan acara penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2017.

 

[Ke Galeri Gambar]