MENU

17 Dis 2017 : Majlis Perasmian Karnival Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 telah diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2017 bertempat di Dataran Tanjung Emas Muar, Johor.

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berbahagia, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Johan bin Ibrahim, Tuan Setiausaha, Haji Anuar bin Awang serta pegawai-pegawai majlis.

Majlis Perbandaran Kemaman telah dianugerahkan Tempat Pertama Tandas Awam Elit Geliga Kemaman yang disempurnakan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.

 

[Ke Galeri Gambar]