MENU

21 Disember 2017 : Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Kemaman 2017 telah diadakan di Dewan Berlian Utama. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Turut hadir En. Azizul bin Ab. Hadi KPSU (Integriti, Prestasi dan Kaunseling) dan Encik Mohd Azadi bin Rosli daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu diiringi Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Tuan Haji Johan bin Ibrahim serta Tuan Setiausaha, Haji Anuar bin Awang.

Majlis tersebut diraikan dengan pelbagai aturcara seperti Penerima Pencen, Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan dan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta cabutan bertuah. Tahniah kepada semua pekerja.

 

[Ke Galeri Gambar]