MENU

12 April 2018 – Majlis Perbandaran Kemaman melalui Jawatankuasa Pembangunan Sosial  Local Agenda 21 telah mengadakan satu Majlis Perasmian Surau Al-Huda PIBG Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Pecah Tanah Pembinaan Surau Sekolah Kebangsaan Binjai yang telah diadakan pada tahun 2017 yang lepas.

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar dengan disaksikan oleh Datuk Hajah Rohani binti Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Local Agenda 21, Haji Saiful Nizam bin Ashari, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Binjai, ketua-ketua jabatan, guru-guru, pelajar dan ibu bapa. YB turut melakukan gimik perasmian dengan memukul gong serta memotong reben perasmian di surau berkenaan.

Antara barisan penaja yang telah memberikan sumbangan bagi pembinaan surau ini adalah Pejabat Parlimen Kemaman, PIBG Sekolah Kebangsaan Binjai, CKJ Engineering Sdn. Bhd, CJ Bio Malaysia Sdn.Bhd, Empayar Damai Sdn. Bhd, Irwan Jitu Enterprise, Imm Jaya Sdn. Bhd, Perfect Emerald Sdn. Bhd. Semua penaja menerima sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan.

Pembinaan surau ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Binjai ini terutama untuk Majlis Solat Hajat, Majlis Bacaan Yasin untuk pelajar bersama ibu bapa, Tempat untuk latihan @ Kem Solat dan sebagainya dengan dapat menampung kapasiti yang lebih ramai, serta selesa. Dianggarkan surau tersebut dapat menampung lebih 200 orang pelajar dalam 1 masa.

 

Ke Galeri Gambar