MENU

5 Mac 2019 : Satu Majlis Solat Hajat dan Ceramah Agama telah diadakan sempena Ulang Tahun Pemasyhuran MPK Ke - 17 serta Majlis Perpisahan pegawai- pegawai termasuk mantan Yang Dipertua Tuan Haji Johan bin Ibrahim. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran mantan Setiausaha, Encik Ahmad Faris bin Abd. Razak serta mantan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Hanaffi bin Samsudin.

Majlis tersebut diakhiri dengan menyampaikan nota serah tugas daripada mantan Yang Dipertua kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

 

 

[Ke Galeri Gambar]