MENU

21 November 2019 : Sepanjang 8 bulan MPK diterajui oleh YBhg. Haji wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, MPK telah meraih pencapaian yang cemerlang. Kata orang, untuk meneruskan dan mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada adalah lebih sukar daripada mencipta kegemilangan. Justeru, cabaran besar ini merupakan satu motivasi positif kepada saya serta semua warga kerja MPK untuk terus melakar kejayaan dan kegemilangan.

Beliau seorang yang mempunyai pengalaman yang cukup luas. Elemen budaya tadbir urus yang terbaik telah dibawa oleh Mantan Yang Dipertua ke MPK seterusnya melakar banyak pencapaian hebat sepanjang tempoh menerajui MPK.

Di bawah era pentadbiran Mantan Yang Dipertua, MPK telah meraih beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan.

Antaranya, kejayaan MPK adalah ‘Floria Diraja Putrajaya Tahun 2019’ dan Penjurian Akhir Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan 2019. Selain itu, kita dapat lihat transformasi yang berjaya dilakukan ke atas Daerah Kemaman khususnya di Bandar Chukai.  Bandar Chukai bertambah ceria dengan hiasan lampu, landskap dan sebagainya menyerlahkan lagi identiti Kemaman Idaman.

Selain itu, Pengurusan telah menguatkuasa serta merta penggunaan nama bagi majlis perpisahan bagi pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman kepada  MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI.

[Ke Galeri Penuh]