MENU

4 April 2018 : Satu Program Mengecat Pagar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman telah diadakan dengan jayanya di bawah program Local Agenda 21 (Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, MPK) bersama Adun Air Putih.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar. Antara badan kerajaan dan NGO yang terlibat ialah seperti Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, KBC, KLCC Urusharta, RANACO, TATI, Kontraktor Panel di bawah MPK serta gru-guru dan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok yang dianggarkan seramai 200 orang.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam iaitu En. Mad Idris bin Che Mat. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan sejajar dengan objektif LA21 Tahun 2018 iaitu mewujudkan kerjasama serta tanggungjawab MPK terhadap komuniti sekolah dan luar.

 

Ke Galeri Gambar