MENU

13 Dis : Majlis Hari Inovasi 2018 Peringkat Majlis Perbandaran Kemaman telah diadakan pada 13 Disember 2018 bertempat di Dewan Berlian Utama, MPK. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Marzuki bin Endut. Majlis tersebut disambut dengan paluan kompang dan pemeriksaan perbarisan oleh bahagian Penguatkuasaan serta pameran produk-produk KIK yang ada di MPK turut dipamerkan bagi tontonan dan pengetahuan kepada orang ramai.

Selain itu, Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan-kejayaan yang diperolehi pada tahun 2018 disamping meraikan Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan, Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (Mei - Oktober 2018) serta pesara yang akan dan telah berpencen bagi mengenangkan jasa-jasa mereka.

Majlis diakhiri dengan Pelancaran Produk MP-Tec & GTO oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Marzuki bin Endut,  dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Johan bin Ibrahim.

 

[Ke Galeri Gambar]