MENU

Senarai Peniaga Bazar Ramadhan 2016 telah dikeluarkan dan dipamerkan di Ruang Legar Tingkat 1 Majlis Perbandaran Kemaman.

Untuk makluman tuan puan, mana-mana peniaga yang tidak terpilih (Lot Bazar Majlis Perbandaran Kemaman), sila berhubung dengan Pihak Persatuan Penjaja Daerah Kemaman Encik Mohd Aluai@Mohd Aluwi bin Daud di talian telefon 019-9685893.

Tempoh Bayaran Permit bazar Ramadhan 2016 adalah pada 16 Mei 2016 hingga 23 Mei 2016. Berikut kadar bayaran mengikut kawasan

1. Jalan Padang : RM 250
2. Hadapan TNB : RM 250
3. Binjai : RM 200
4. Geliga : RM 200
5. Kerteh : RM 200

Semua pemohon yang berjaya, diwajibkan menghadiri taklimat dan pengundian lot pada 24 Mei 2016 dan 26 Mei 2016 (Kawasan Kerteh) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sri Amar, Cukai, Kemaman dan bagi kawasan Kerteh di Dewan Sivik Kerteh.

Pemohon yang berjaya boleh mengambil Surat Kelulusan di Bahagian Pelesenan Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman.