MENU

PENGENALAN DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH
BAHAGIAN LETAK KERETA

 

Pengenalan

Bahagian Letak Kereta adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat letak kereta dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman supaya lebih tersusun dan memenuhi kehendak pelanggan.

Kemudahan yang disediakan

Majlis Perbandaran Kemaman telah menyediakan sebanyak 2780 petak tempat letak kereta bagi kemudahan pelanggan.

Kemudahan letak kereta yang disediakan mengikut sistem yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Tempat Letak Kereta Bermeter
-2,121 petak
  • Perkhidmatan Tempat Letak Kereta Bertiket
-489 petak
  • Perkhidmatan TLK Bertingkat KCP (RM1.00 per entry)
-170 petak

JUMLAH KESELURUHAN PETAK

-2780 petak

 

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN:

Perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Sewa Petak
  • Perkhidmatan Pelekat Bulanan
  • Penyewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta (Bermusim)

 

Penyewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta (Sementara)

Penyewaan petak letak kereta (sementara) adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan yang ingin menyewa petak bagi tujuan mengadakan program, majlis, projek pembangunan berhampiran serta mengadakan promosi jualan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebagaimana di bawah:

  • Sewa Petak Harian
-RM 20.00/hari
  • Sewa Petak Bulanan (sementara)
-RM 150.00/bulan