MENU
  • Operasi Sita pegangan dijalankan ke atas pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran MPKemaman selepas notis E dihantar kepada pemilik untuk tempoh 15 hari.
  • Anda boleh mengelakkan harta anda disita dengan mengambil tindakan berikut:
  1. Membuat bayaran tunggakan cukai taksiran dalam tempoh notis  E atau sebelum notis E diterima.
  2. Pemilik bangunan di Daerah Kemaman hendaklah menyemak di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKemaman penama bagi bil cukai taksiran dan alamat surat menyurat dikemaskini,terutamanya jika berlaku pindahmilik (jualbeli) bangunan.
  3. Jika berlaku pindahmilik bangunan,pembeli atau penjual hendaklah memberi notis kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKemaman mengenai pindahmilik tersebut dengan mengisi borang I.
  4. Jika gagal member notis kepada mengenai pindahmilik tersebut,anda boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
  • Kemudahan Membuat Bayaran Bil Cukai Taksiran
  1. Kaunter MPK
  2. Mesin Kiosk MPK
  3. Bayaran Secara Online
  4. Kaunter Bank
  5. Pejabat Pos
  6. Kaunter Bas Bergerak MPK