MENU

Pengenalan

Bahagian Letak Kereta adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat letak kereta dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman supaya lebih tersusun dan memenuhi kehendak pelanggan.

Kemudahan yang disediakan

Majlis Perbandaran Kemaman telah menyediakan sebanyak 3015 petak tempat letak kereta bagi kemudahan pelanggan.

Kemudahan letak kereta yang disediakan mengikut sistem yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Tempat Letak Kereta Bermeter
    - Meter Mackay
    - Meter Cale (Belakang Maybank)
-718 petak
-109 petak
  • Tempat Letak Kereta Sistem Berkupon
-2018 petak
  • Perkhidmatan TLK Bertingkat KCP (RM1.00 per entry)
-170 petak

JUMLAH KESELURUHAN PETAK

-3015 petak

Penambahan kawasan baru akan dilaksanakan mengikut pembangunan semasa sebagaimana warta yang telah diluluskan.

 

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN:

Perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Sewa Petak (Sementara)
  • Perkhidmatan Pembelian Pelekat Bulanan
  • Penyewaan Petak Letak Kereta Khas

 

Perkhidmatan Sewa Petak (Sementara)

Penyewaan petak letak kereta (sementara) adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan yang ingin menyewa petak bagi tujuan mengadakan program, majlis, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan, projek pembangunan berhampiran serta mengadakan promosi jualan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebagaimana di bawah:

  • Sewa Petak Harian
-RM 20.00/hari
  • Sewa Petak Bulanan (sementara)
-RM 150.00/bulan

 

Kelulusan penyewaan petak letak kereta sementara ini bergantung kepada kawasan/ jalan yang dipohon supaya tidak mengganggu lalulintas.