MENU
UMUM
Q : Bilakah bil Cukai Taksiran dikeluarkan dan tarikh akhir bayaran ?
A : Bil Cukai Taksiran dikeluarkan  2 kali setahun iaitu penggal pertama pada 1 Januari dan penggal kedua pada 1 Julai setiap tahun. Tarikh akhir bayaran bagi penggal pertama ialah pada 31 Mac dan penggal kedua pada 31 Oktober.

Q : Di manakah pembayaran bil Cukai Taksiran boleh dibuat ?

A : Pembayaran Cukai Taksiran boleh dibuat  sebagaimana berikut :-

1. Kaunter Hasil, Tingkat 1 MPK (Tunai, Cek, Wang Pos, Kad Kredit)  
2. Kaunter Hasil, Pejabat Cawangan Kerteh (Tunai, Cek, Wang Pos)
3. KIOSK-EMPS, Tingkat 1 MPK (Tunai, Cek, Wang Pos, Kad Kredit)  
3. Kaunter BIMB
4. Kaunter Pejabat Pos
5. Maybank 2U
6. CIMB Clicks


Q : Bilakah waktu pembayaran di kaunter hasil boleh dibuat?

A : Pembayaran boleh dibuat pada hari AHAD – RABU : 8.00 pagi – 5.00 petang dan KHAMIS : 8.00 pagi – 3.30 petang


Q : Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi   di dalam kawasan PBT?

A : Orang ramai boleh membuat aduan di dalam laman web majlis di http://adu.mpkemaman.gov.my atau datang sendiri.


Q : Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

A : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • Majlis/Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah

Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta. Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.


Q : Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

A : 145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah.
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.