MENU

Apa itu MURNInet ?

MURNInet adalah singkatan kepada Jaringan Petunjuk-Petunjuk Bandar Malaysia (Malaysian Urban Indicators Network). Ianya merupakan satu pendekatan bagi mengukur dan menilai kemampanan Bandar-bandar di Malysia.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah membentuk satu set Petunjuk-Petunjuk Bandar bagi mengukur standard kualiti hidup minimum yang perlu dicapai oleh setiap bandar dalam negara.

Aplikasi sistem Petunjuk Bandar (MURNInet) telah direkabentuk berdasarkan jaringan komputer bagi menganalisis keadaan semasa bandar, kesan pembangunan, perubahan-perubahan dan membentuk senario bandar mampan berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Objektif MURNInet

  1. Menentukan tahap kemampanan setiap bandar dalam negara berdasarkan Petunjuk Bandar Malaysia
  2. Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar mengikut petunjuk.
  3. Untuk mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai tahap mampan
  4. Untuk menjadikan MURNInet sebagai alat mengukur bagi pelbagai peranan termasuk pentadbiran, dan teknikal, membantu pembentukan objektif politik,  penglibatan awam dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan.

Pembangunan Mampan

  • Pembangunan mampan adalah 'pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka'.
  • Untuk mencapai pembangunan mampan, pembangunan bandar perlu mengseimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan sosial dan alam sekitar termasuk aspek kehidupan bandar dengan tumpuan kepada perumahan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan awam dan alam sekitar.
  • Petunjuk-petunjuk Bandar Malaysia digunakan bagi mengukur tahap kemampanan setiap bandar berdasarkan piawaian kualiti hidup minimum.

Konsep Pembangunan Bandar Mampan

  • Terdapat definisi yang agak berbeza mengenai pembangunan mampan, namun satu tema yang dikongsi bersama adalah alam sekitar, masa depan dan kesaksamaan.
  • Bandar Mampan adalah bandar yang berupaya menyediakan keperluan asas penduduk bandar seperti infrastruktur kemudahan masyarakat, kesihatan dan penjagaan kesihatan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, pekerjaan, tadbir urus yang baik dan memastikan keperluan penduduk dipenuhi serta menguntungkan semua sektor masyarakat.

Petunjuk Bandar Mampan

Petunjuk-petunjuk dibentuk berdasarkan kepada 11 komponan utama perancangan

  1. Demografi
  2. Perumahan
  3. Ekonomi
  4. Utiliti dan Infrastruktur
  5. Kemudahan Masyarakat
  6. Alam Sekitar
  7. Sosilogi dan Impak Sosial
  8. Gunatanah
  9. Pelancongan dan Warisan
  10. Pengangkutan dan Aksessibiliti
  11. Pengurusan dan Kewangan

Kriteria Petunjuk

  1. Boleh digunapakai bagi semua saiz dan hierarki bandar
  2. Diukur melalui data yang dikumpul diperingkat tempatan dan daerah
  3. Perhubungan yang jelas dengan isu-isu dasar dalam pertimbangan
  4. Data yang tersedia dengan kos yang efektif bagi pengumpulan data
  5. Data dapat menunjukkan magnitud masalah
  6. Data yang senang diperolehi
  7. Definasi yang jelas dan berkait dengan sasaran objektif / isu

Ciri-Ciri Penting MURNInet

Penandaarasan dibuat berdasarkan :-

  1. Piawaian Antarabangsa
  2. Piawaian Kebangsaan
  3. Garispanduan Jabatan-Jabatan Teknikal
  4. Projek perintis dan program berterusan

Tiga (3) Tahap Klasifikasi :-

  1. Mampan - (>80% skor)
  2. Sederhana Mampan - ( 50%-80% skor)
  3. Kurang Mampan - ( <50% skor)

Kepentingan MURNInet

Kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri

  1. Menilai Prestasi Bandar
  2. Untuk memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam
  3. Petunjuk-petunjuk boleh dijadikan sebagai penilaian asas bagi menaik taraf status kawasan bandar (daerah / perbandaran / bandaraya)
  4. Petunjuk-petunjuk bandar boleh dijadikan pengukuran kepada kerajaan dalam pertimbangan untuk menyalurkan pelaburan

Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

  1. Untuk mengenalpasti masalah menggunakan petunjuk-petunjuk, isu-isu kualiti bandar dan menangani isu-isu berkenaan
  2. Untuk memperbaiki tahap perkhidmatan kepada orang awam,
  3. Untuk menyediakan maklumbalas kepada sasaran Pelan Integriti Nasional. (Contoh; Komitmen Sosial dan Alam Sekitar)

Kepada Komuniti Tempatan dan Orang Awam

  • Mengetahui bahawa kerajaaan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat berdasarkan petunjuk-petunjuk MURNInet yang mengukur tahap perkhidmatan, kemudahan dalam kawasan bandar atau pihak berkuasa tempatan

Tahap Pencapaian MURNInet di MPK

  • Perlaksanaan Pengukuran Petunjuk Bandar Malaysia(MURNInet) diperkenalkan pada tahun 2005 bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi kerajaan di dalam mengukur dan memantau pencapaian serta kemajuan sesebuah bandar ke arah pembangunan mampan.
  • Walaubagaimanapun Perlaksanaan Pengukuran Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) di Daerah Kemaman mula dilaksanakan pada tahun 2007 sehinggalah sekarang. Secara keseluruhannya tahap pencapaian kemampanan Bandar Kemaman dari tahun 2007 hingga 2010 

Ringkasan Skor Dan Kemampanan Bagi Tahun 2010

  • Perlaksanaan Pengukuran Petunjuk Bandar Malaysia(MURNInet) diperkenalkan pada tahun 2005 bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi kerajaan di dalam mengukur dan memantau pencapaian serta kemajuan sesebuah bandar ke arah pembangunan mampan.