MENU

Bahagian Penguatkuasaan telah mengadakan minggu kempen pendidikan ke atas orang ramai berhubung dengan hasrat MPK untuk mewujudkan zon bebas sampah di kawasan Chukai. Kawasan Jalan Padang Astaka telah dijadikan kawasan perintis bagi tujuan tersebut memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan ramai pengunjung.

Bahagian penguatkuasaan telah mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya aspek kebersihan sekitar hendaklah sentiasa dipelihara. Justeru itu, Kempen secara berterusan dilakukan untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilakukan bila-bila masa sekiranya ada  tindakan pembuangan sampah merata-rata dilakukan di kawasan tersebut.

p1   p2

[Photo Gallery]