MENU

22 Feb 2018 : Satu Pertandingan Menghias Kek, Jom Derma Darah dan Pertandingan Mewarna Kategori Tadika telah diadakan serentak bertempat di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis tersebut diadakan sempena pemasyhuran MPK Ke-16.

Pertandingan Menghias Kek disertai oleh 16 Jabatan yang dianggotai oleh 3 orang peserta untuk setiap jabatan. Pertandingan tersebut julung kalinya diadakan sempena pemasyhuran MPK ini. Urusetia induk bagi Pertandingan Menghias Kek adalah Jabatan Perbendaharaan manakala Program Jom Derma Darah diketuai oleh Bahagian Penguatkuasaan.

Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai beserta hamper. Keputusan pemenang :

Johan : Jabatan Perancangan Pembangunan
Naib Johan : Jabatan Perbendaharaan
Ketiga : Jabatan Teknologi Maklumat

 

[Ke Galeri Gambar]