MENU
 Objektif
  • Melandskap seluruh kawasan Majlis Perbandaran Kemaman untuk menjadikan sebuah bandar dalam taman yang indah, hijau, nyaman dan selesa didiami di samping penjagaan taman rekreasi dan taman permainan kanak- kanak supaya diselenggara dengan baik.
  • Mengawal perancangan pembangunan baru seperti kawasan perumahan, perindustrian serta komersial melalui penggunaan syarat-syarat tertentu dan garispanduan perlandskapan bagi tujuan pengindahan dan landskap.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pengindahan bandar serta taman-taman dan padang sukan di kawasan Majlis Perbandaran Kemaman.
  • Menaiktaraf landskap jalan-jalan utama di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman.
 Fungsi

A. Unit Pembangunan

  • Mengawal semua jenis pembangunan Landskap di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman yang melibatkan proses kelulusan permohonan awal sehinggalah kepada sokongan pengeluaran Sijil Layak Menduduki untuk pelan Landskap bagi sesuatu cadangan pembangunan.
  • Merancang dan membina tempat rekreasi awam baru bagi kemudahan penduduk-penduduk berdekatan untuk aktiviti riadah dan kemasyarakatan.

B. Unit Penyelengaraan & Penyelidikan

  • Mengurus kerja-kerja penebangan dan cantasan pokok-pokok teduhan di seluruh kawasan awam Majlis Perbandaran Kemaman.
  • Memastikan peyelenggaraan taman-taman rekreasi dilakukan dengan berkualiti.
    Membaikpulih peralatan permainan kanak-kanak dan kemudahan awam bagi kegunaan pengunjung.
  • Memastikan pokok-pokok disemai dan dijaga, seterusnya ditanam di kawasan-kawasan lapang dan tempat-tempat yang diperlukan.
  • Menjalankan kajian-kajian penyelidikan pertanian untuk pembangunan dalam Majlis Perbandaran Kemaman.
  Carta Organisasi  Alamat Jabatan
 

Jabatan Landskap & Taman Rekreasi
Tingkat Bawah, Majlis Perbandaran Kemaman
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu
( U.P : En. Shamsul Syahiran b Mohd Samsudin )

No. Telefon : 09-8597777 samb. 1206 | No. Faks : 09-8595455