MENU

Pengangkutan Udara

  • Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan udara untuk ke Daerah Kemaman. Lapangan Terbang Kerteh terletak di Bandar Kerteh, iaitu kira-kira 20 minit memandu dari Bandar Chukai Kemaman.
  • FireFly adalah merupakan syarikat yang menyediakan pengangkutan udara dari Subang ke Kerteh. Untuk mengetahui kadar tambang, jadual perjalanan serta maklumat berkaitan, bolehlah melayari laman web http://www.fireflyz.com.my.

Pengangkutan Bas Ekspres

  • Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan byk lagi.Terminal bas ekspres terletak di Pusat Bandar Kemaman untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

Pengangkutan Awam Lain

  • Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Kemaman ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang. Bas lompat akan membawa penumpang dari Bandar Kemaman ke mana-mana destinasi yang berkaitan. Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Kemaman ke Kuala Terengganu ataupun mengikut kemahuan penumpang tersebut. Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.