MENU

mpk

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya lokasi Majlis Perbandaran Kemaman adalah bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang.

Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu.

Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah cukup ketara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terutama di sektor industri berasaskan petroleum dan gas. Ianya menjadi tunjang pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sektor perindustrian lain di negeri Pantai Timur Semenanjung.

Kewujudan Koridor Pantai Timur dan dengan adanya pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kemaman, merupakan faktor-faktor penyumbang kearah kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran. Kenaikan taraf ini akan dapat memainkan peranan dengan lebih kompetitif terutama dari segi sosio-ekonomi dan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya.