MENU

Apakah Cukai Taksiran ?

  • Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman.

Siapakah Yang Patut Membayar Cukai Taksiran?

  • Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua premis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman.

Apakah Anda Perlu Buat?

Jika ingin membeli sesuatu hartanah :-

  • Semak nama pemilik harta yang didaftarkan di Majlis Perbandaran Kemaman.
  • Segala tunggakan cukai taksiran hendaklah dijelaskan oleh pemilik pada masa itu.
  • Jika anda berurusan dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga hartanah tersebut, sila pastikan tunggakan telah dibayar oleh pemilik sebelumnya.

Jika pindah milik harta atau mewariskan harta pusaka :-

Sila maklumkan segera kepada unit penilaian :    

  • Mengisi Borang I (Borang Pindah Milik) bersertakan salinan hakmilik, salinan Borang 14A, salinan Surat Perjanjian Jualbeli / Surat Pegang Kuasa dan salinan Bil Cukai Taksiran yang telah dijelaskan.
  • Mengisi Borang J (Pemilik Meninggal Dunia) bersertakan salinan Sijil Kematian atau Surat Pegang Kuasa dan salinan Bil Cukai Taksiran yang telah dijelaskan.

Jika bangunan anda kosong (tidak didiami) bolehkah anda mendapat pengecualian Cukai  :-

Pihak Majlis boleh menimbang permohonan pengecualian Cukai Taksiran anda jika syarat-syarat berikut dipatuhi :

  • Anda hendaklah memaklumkan secara bertulis atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian ,MPK bersertakan alamat lengkap harta berkenaan dalam masa 7 hari dari tarikh kekosongan.
  • Bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki.
  • Bahawa segala usaha yang munasabah dibuat untuk mendapatkan seseorang penyewa (letakkan iklan sewa di bangunan tersebut atau iklankan dalam suratkhabar)
  • Bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah.
  • Sila kemukakan salinan lejer elektrik dan lejer air yang disahkan sebagai bukti bangunan tersebut tidak didiami.

Walaubagaimanapun, Cukai Taksiran bagi pegangan itu hendaklah dijelaskan terlebih  dahulu dan pemilik hendaklah melaporkan kekosongan itu.

Pemilik juga hendaklah memberitahu pihak Majlis jika bangunan tersebut telah :

  • Dirobohkan / diruntuhkan
  • Diubah ke tapak lain atau
  • Musnah oleh kebakaran, angin ribut atau oleh sebab-sebab lain.

Bagaimana jika anda tidak mampu membayar sekaligus Cukai Taksiran anda :-

Pihak Majlis akan menimbangkan untuk dibuat bayaran secara ansuran. Untuk itu anda dinasihatkan agar datang ke pejabat MPK, di Bahagian Hasil Dan Cukai Taksiran untuk membincangkan perkara tersebut dengan pegawai yang berkenaan.