MENU
Latar Belakang
Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih ditubuhkan pada tahun 1987 di Lot 42, Bandar Baru Seri Kertih dan kini berpindah di tingkat satu, Bangunan MPK. Pembukaan pejabat Cawangan Kertih ini adalah bertujuan memberi kemudahan dan perkhidmatan yang memuaskan terutama dari segi kebersihan, kemudahan kaunter pembayaran kepada masyarat setempat di Kertih, Kemasik dan seluruh daerah Kemaman. Keluasan kawasan Kertih adalah 254.054 KM persegi dan Kemasik adalah 65.098 KM persegi yang merupakan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih adalah seperti berikut :-
  • Bertanggungjawab dan menjalankan kerja-kerja memungut sampah sarap, memotong rumput, membersih longkang, menyapu dikawasan-kawasan taman-taman perumahan, Bandar Baru Seri kertih dan lain-lain kawasan dalam MPK.
  • Aktiviti-aktiviti pelesenan termasuk memproses permohonan lesen premis, iklan (contoh : kedai makan, kedai runcit, bengkel, penjaja, stesen minyak, gas dll)
  • Kemudahan menyewa Dewan Sivik Kertih dan Kemasik.
  • Perkhidmatan kaunter bayaran bagi pembayaran cukai taksiran, lesen, sewa dll.
  • Perkhidmatan unit taman dan rekreasi bagi pengindahan kawasan Majlis.
  • Kemudahan tapak pelulusan sampah di Kertih.
Objektif Jabatan
  • Mempertingkatkan pentadbiran Majlis ;
  • Memberi perkhidmatan yang bermutu dan cekap kepada masyarakat setempat ;
  • Mengadakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi kepada warga Majlis ;
  • Mempertingkatkan perancangan pembangunan dalam semua sektor ketahap yang lebih tersusun ;
  • Memperindahkan kawasan Majlis sejajar dengan statusnya sebagai pintu masuk ke Negeri Terengganu ; dan
  • Menambahkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan melalui penyusunan semua masyarakat.
Objektif Unit / Bahagian

Objektif Unit Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih adalah seperti berikut :

  • Memastikan kebersihan kawasan (bahu jalan, longkang dan kawasan lapang) sentiasa dalam keadaan bersih;
  • Memastikan penanaman pokok-pokok teduhan disepanjang jalan diselanggara dengan baik ;
  • Memastikan semua jenis perniagaan di kawal dan dilesenkan. ;
  • Menerima hasil daripada penduduk setempat
Aktiviti-Aktiviti / Fungsi Bahagian

 Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih mempunyai lima (5) unit-unit kecil. Unit-unit tersebut adalah seperti berikut :

1.Unit Pentadbiran

Unit pentadbiran ini bertanggungjawab bagi mengendalikan pentadbiran di pejabat cawangan berjalan dengan baik dan memuaskan. Antara tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran adalah berkaitan dengan surat menyurat, membuat laporan, merekod cuti kakitangan, mengatur program sewaan dewan-dewan sivik, sewaan bangunan/gerai dan juga lain-lain urusan perkhidmaan Majlis.

2.Unit Hasil/Kaunter

Unit ini bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan dengan punca atau hasil masuk ke Majlis. Oleh kerana unit ini merupakan terpenting, maka wajarlah di unit ini memainkan peranan penting bagi menambahkan punca pendapatan/hasil majlis. Bagi menambahkan hasil kepada Majlis, Unit ini hendaklah menerimapakai Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (KPKA 10/91) iaitu peningkatan kualiti perkhidmatan di kaunter.

Unit ini juga memberikan perkhidmatan yang cepat dan memuaskan kepada penduduk setempat membuat pembayaran berkaitan dengan sewa, pelbagai sewaan, cukai taksiran, lesen permit dan lain-lain bayaran perkhidmatan.

Perkhidmatan kaunter/hasil yang berkualiti adalah perkhidmatan kaunter yang boleh bertindakbalas mengikut keperluan pelanggan yang sentiasa berubah citarasa dan keperluan. Perkhidmatan kaunter/hasil dapat merupakan hubungan di antara organisasi dan orang awam serta dapat meningkatkan imej organisasi.

3.Unit Pelesenan

Unit Pelesenan bertanggungjawab bagi memastikan semua premis yang terdapat di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih sama ada premis makanan atau bukan makanan yang beroperasi dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis dengan menjalankan kerja-kerja seperti berikut :-

a. Mengawal dan melesenkan premis perniagaan
b. Membuat pemeriksaan ke atas premis
c. Menguruskan permohonan baru dan sambungan lesen lama
d. Mengawal pertumbuhan premis-premis perniagaan yang tidak menurut perancangan yang teratur
e. Mengawal kacau ganggu awam, kekotoran dan kesesakan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman
f. Mengutip/menambahkan hasil bagi pihak Majlis Perbandaran Kemaman
g. Mewujudkan perniagaan yang teratur dan bersih
h. Mewujudkan budaya niaga yang berlesen.

4.Unit Kebersihan

Unit kebersihan lebih dikenali lagi dengan Unit Perkhidmatan Bandar. Unit ini bertanggungjawab dalam segala urusan perkhidmatan pembersihan termasuk sampah, memotong rumput, membersih longkang/parit menyapu serta kerja-kerja berkaitan kebersihan seperti menerima aduan, gotong royong dan lain-lain lagi.

Unit ini juga memberi tumpuan kebersihan di tempat-tempat kemudahan awam seperti di padang-padang bola, kawasan dewan sivik, balairaya dan juga di pasar. Ini lebih mencerminkan lagi mutu perkhidmatan yang telah diberi. Bagi menyelenggara dan mengawal pembuangan sampah, Majlis ada menyediakan kemudahan tempat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih yang mana kawasan ini diselenggara oleh Pekerja Rendah Awam/Pekerja Kontrak bagi memastikan keadaan sampah dibuang dengan teratur.

Bagi memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penduduk, kerja-kerja pembersihan termasuk memungut sampah bermula bulan Mac 1993 lagi. Manakala bagi kawasan Perumahan Petronas dan Pejabat serta Taman-taman Perumahan , kerja-kerja kontrak mengangkut sampah telah bermula semenjaK tahun 1990 lagi.

  

5.Unit Taman dan Rekreasi

Unit ini memberi tumpuan kepada penyelenggaraan tapak semaian bagi memastikan anak-anak pokok bunga agar sentiasa baik dan membaja termasuklah menyemai anak-anak pokok bunga untuk di tanam di kawasan yang agak sesuai.

Unit ini juga memberi perhatian kepada kecantikan dan juga keindahan langksap, penyelengaraan pokok-pokok teduhan dan juga pokok-pokok bunga di sepanjang jalan Kertih, Kemasik dan di kawasan jalan utama Bandar Baru, Kuala Kertih, Pantai Kemasik, Taman ESSO, Perumahan Petronas dan juga diu kawasan seluruh Majlis Perbandaran Kemaman amnya, harus dititik beratkan kearah kecantikan dan keindahan bandar terletak di atas landskap yang cantik di samping penyusunan bandar atau bangunan-bangunan yang strategik

Piagam Pelanggan

  • Tetamu akan dilayan dengan mesra dan selesa dalam tempoh lima (5) minit
  • Pembayaran hasil yang berkaitan dengan Majlis akan diselesaikan dalam masa lima (5) minit, jika tiada sebarang masalah.
  • Sebarang aduan permohonan diterima akan dirujuk dan diselesaikan dalam tempoh satu hingga tujuh hari bekerja.
  • Sentiasa meningkatkan mutu pentadbiran Majlis bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

 

Pejabat Cawangan Kertih
Majlis Perbandaran Kemaman

K-8813/A, Aras Bawah, Bangunan MPK Cawangan Kertih,
24300 Kertih, Terengganu.
U.P : En. Mohd Hafiz bin Rosli )

No Telefon : 09-8261427 No Faks : 09- 8261830
e-Mel : mpkemaman@mpkemaman.gov.my