MENU
Objektif
  • Mempastikan semua premis perniagaan yang beroperasi dalam kawasan Majlis mempunyai lesen yang sah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa dan dasar Majlis atau kerajaan negeri serta mengawal aktiviti perniagaan tanpa lesen.
Fungsi
  • Memproses permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen :-
    • Premis perniagaan
    • Papan iklan
    • Pasar / Pasar Borong
    • Pasar malam
    • Penjaja dan lain-lain di bawah kawalan
  • Memproses dan mengeluarkan permit sementara seperti iklan kain rentang, penjaja sementara, karnival jualan dan lain-lain.
  • Mengawal aktiviti peniaga / penjaja.
  • Menyelia dan mengurus kebersihan pasar malam dan tapak-tapak penjaja.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi permohonan lesen baru dan pemeriksaan ulangan untuk pembaharuan lesen.
  • Membuat bil dan menghantar surat peringatan kutipan lesen.
  • Mengambil tindakan ke atas aduan berkaitan aktiviti pelesenan.
  • Mengambil tindakan notis / kompaun terhadap peniaga-peniaga yang gagal mematuhi syarat-syarat lesen.
  • Mengeluarkan bil-bil lesen dan menghantar notis / peringatan kepada peniaga-peniaga untuk pembaharuan lesen tahunan.
  • Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil dan Akta-Akta berkaitan.
Piagam Pelanggan
  • Memproses dan menimbang permohonan lesen dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat pemohon mengemukakan dokumen yang lengkap.
  • Permohonan permit bagi pemasangan kain rentang dan banting/banner diluluskan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Permohonan permit sementara diluluskan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Pembaharuan permit sementara akan dikeluarkan dalam masa satu (1) hari.
  • Permohonan lesen iklan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Notis pembaharuan lesen akan dikeluarkan kepada pelesen pada bulan Disember setiap tahun.
  • Pencapaian Piagam Pelanggan Sehingga Terkini
Aktiviti
  • Aktiviti penguatkuasa premis tanpa lesen dan premis yang melanggar Undang-Undang Kecil
  • Program Lawatan Bersama Ahli Majlis, Kakitangan Majlis Serta Pegawai-Pegawai Dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kemaman Ke Kilang See Sen Chemical Berhad, Telok Kalong.
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

 

Jabatan Pelesenan 
Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman,
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu
U.P :  )

No. Telefon : 09-8597777 samb: 163  No. Faks : 09-8595455
e-Mel :