MENU
Objektif
  • Bahagian ini adalah bertanggungjawab untuk memastikan agar tindakan-tindakan yang diambil oleh majlis yang ada hubungkait dengan undang-undang dilaksanakan dengan betul, tidak "ultra vires" dengan sebarang undang-undang lain serta pengutkuasaannya adalah adil dan bijaksana.
Fungsi
  • Menyedarkan orang ramai tentang undang-undang yang diterima pakai oleh MPK.
  • Menguatkuasakan semua undang-undang yang diterimapakai oleh MPK serta mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dengan adil dan bijaksana.
  • Memantau keadaan semasa supaya masyarakat sentiasa mematuhi undang-undang yang telah diwartakan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Piagam Pelanggan
  • Memastikan tindakan penguatkuasaan diambil secara berterusan terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan dan tindakan akan dilakukan sebagaimana peruntukan undang-undang MPK.
  • Memastikan setiap aduan yang diterima dan siasatan serta tindakan diambil dalam tempoh tiga(3)hari bekerja. Maklumbalas susulan seterusnya dibuat dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja selepas tamat tarikh notis dikeluarkan.
  • Membuat rondaan berkala dan menempatkan anggota secara static sebagai satu kaedah pencegahan dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
  • Membuat rondaan bagi memastikan kenderan yang diletakkan tidak berlaku halangan kepada kenderaan lain.
  • Memastikan setiap pemilik premis perniagaan yang dilesenkan di bawah Enakmen Hiburan Negeri mematuhi syarat-syarat sebagaimana peruntukan undang-undang MPK.
Aktiviti
  • Kawad
  • Perhimpunan Pagi
  • Kawalan Penjaja
  • Pengurusan Aduan
  • Mengawal Lalulintas
  • Tindakan Sita Bagi Halangan
  • Rondaan
  • Taklimat Undang-Undang
  • Mengawal Kebersihan
  • Operasi Kenderaan Berat
  • Menurunkan Iklan Tanpa Lesen
  • Cadangan Pemakaian Pangkat
  • Pemeriksaan ke atas lesen-lesen perniagaan
  • Kawalan dan keselamatan ke atas harta-harta Majlis(Vandalisme)
  • Kawalan ke atas kebersihan bangunan
  • Pengawasan taman-taman dan tempat-tempat awam
  • Pemantauan pasar-pasar malam dan pasar harian
  • Pengawasan ke atas pembinaan bangunan
  • Pengawasan ke atas tempat-tempat hiburan awam
  • Mengambil tindakan susulan bagi kompaun tidak berbayar
  • Membuat pengawasan terhadap operasi haiwan merayau; dan
  • Mengadakan operasi bersama dengan jabatan yang berkaitan.
  • Operasi Kompaun Sampah Di Kawasan Rekreasi, Pasar Malam dan sekitar Jalan Padang, Kemaman
  • Larangan Menjalankan Aktiviti Perniagaan Di Kawasan Tempat Letak Kereta
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

Jabatan Khidmat Pengurusan | Bahagian Penguatkuasaan
Pejabat Daerah Lama, Jalan Penghiburan,
24000 Kemaman, Terengganu.

No Telefon : 09-8598561 | No Faks : 09-8595455