Merupakan penyelaras permohonan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Urusetia Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima;
Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon/perunding/PSP;
Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
Menyediakan pelaporan berkala.
Objektif
Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan;
Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Piagam Pelanggan
Menerima memproses dan memantau permohonan Cadangan Pemajuan secara serentak bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh 67 hari dari tarikh penerimaan yang lengkap;
Menerima, memproses dan memantau permohonan Cadangan Pemajuan secara serentak bagi Konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 91 hari dari tarikh penerimaan yang lengkap;
Menerima, memproses dan memantau permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh yang ditetapkan sepertimana di Lampiran 1 dari tarikh penerimaan yang lengkap;
Memproses dan mengagihkan permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan yang lengkap;
Memantau dan menerima ulasan-ulasan teknikal secara Online daripada Agensi Teknikal dalam tempoh 14 hari;
Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dalam tempoh 5 hari sebelum Mesyuarat JK Pusat Setempat (OSC);
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat sebanyak 2 kali sebulan.
Menyediakan peringatan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat diadakan.
Mengedarkan kertas peringatan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat diadakan.
Memaklumkan keputusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon 3 hari selepas mesyuarat diadakan.
Mengemaskini dan memasukkan maklumat permohonan cadangan pemajuan ke dalam Portal OSC sebelum 5 haribulan pada bulan berikutnya.
Kemaskini Terakhir: Ahad, 17 November 2024 - 10:27am
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
Pengiktirafan QR Code MPK
TALIAN AM
09-8597 777
FAKS
09-8595 455
TALIAN BEBAS TOL
1-800-88-7009
WHATSAPP MPK CAKNA
013-9237798
Jumlah Pelawat Keseluruhan:
Penafian: Majlis Perbandaran Kemaman tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.