MENU

Apakah itu SmartBin Waste Management?

SmartBin Waste Management adalah satu sistem yang dibangunkan untuk menguruskan sisa pepejal dengan lebih tersusun dan idealistik.

Siapakah yang terlibat dalam pembangunan sistem ini?

Sistem ini telah diilhamkan oleh pihak MPK bagi menangani isu pengurusan sisa pepejal di Daerah Kemaman dan telah dibentangkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Hasil sumbang saran ini teah diterjemahkan dalam bentuk sistem yang unik oleh pihak UTM yang diketuai oleh pensyarah kanan, Fakulti Komputeran, UTM, Dr Mohammad Nazir Ahmad.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Perbincangan awal berkaitan sistem ini dengan mengemukakan idea-idea dan kaedah pelaksanaan untuk diterjemahkan dalam sistem telah bermula pada November 2016.
Setelah persetujuan dicapai sebuah prototaip berfungsi penuh, mudah dan praktikal telah diuji sepenuhnya pada Mei 2017.
Pengoperasian sistem ini adalah bercirikan integrasi dengan aplikasi web dan telefon pintar serta melibatkan perlabelan sistem kod unik pada setiap tong sampah.

Data pungutan sampah dapat direkodkan secara online dan offline menggunakan telefon pintar. Data ini terus dipaparkan secara info grafik yang menarik pada sistem pemantauan terpusat yang dibangunkan sebagai aplikasi web. Semua transaksi dibuat secara masa nyata.

Keberkesanan sistem ini?

Sistem ini telah diuji sepenuhnya terhadap 667 buah tong sampah yang telah ditampal kod yang dikenali QR Code. Kalendan lori kompaktor dipertanggungjawabkan untuk mengimbas QR Code tersebut dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.