MENU
Objektif
  1. Memastikan pembinaan bangunan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mematuhi peraturan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan, parit dan Bangunan (Akta 133), garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta polisi-polisi Majlis yang diterimapakai dari masa ke semasa.
  2. Menentukan pembangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan, kesihatan, keselesaan, keindahan dan kedudukan yang teratur.
  3. Memastikan pembinaan mematuhi syarat serta pelan kelulusan dan seterusnya memproses Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) atau Sijil Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  4. Menyemak dari masa ke semasa, piawai-piawai dan prosedur kerja untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
Fungsi
  1. Memproses dan meluluskan segala permohonan pelan kelulusan.
  2. Mengawal semua pembangunan berlandaskan syarat-syarat dan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.
  3. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bagi semua kategori bangunan.
  4. Bertanggungjawab dalam mengeluarkan Kelulusan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO).
  5. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi permohonan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO) dan pemantauan pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi semua kategori bangunan baru.
  6. Memantau aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak mempunyai kelulusan sekitar kawasan MPK.
  7. Mewujudkan pembangunan yang mempunyai ciri-ciri keselesaan, kesihatan dan keindahan kepada penghuni serta memastikan supaya mengurangkan kos penyelenggaraan oleh MPK.
Tugas-Tugas Utama
  1. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi semua kategori bangunan.
  2. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bagi semua kategori bangunan.
  3. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi permohonan Sijil Perakuan Layak Menduduki (CFO) dan pemantauan pengeluaran Sijil Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi semua kategori bangunan baru.
  4. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan memproses aduan terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya serta pemeriksaan bagi bangunan tinggi melebihi 5 tingkat secara berkala.
  5. Memproses permohonan bagi kelulusan permit-permit sementara bagi kerja-kerja bangunan dan memproses pelan-pelan bangunan / struktur khas sementara.
Unit Kawalan Bangunan
  1. Memproses permohonan bagi bangunan baru bagi kategori sekim kediaman 5 unit dan ke atas, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri serta bangunan kediaman di bawah 5 unit.
  2. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan kepada pelan lulus bagi semua kategori bangunan.
  3. Memproses permohonan bagi kelulusan permit-permit sementara bagi kerja-kerja bangunan dan memproses pelan-pelan bangunan / struktur khas.
  4. Memproses permohonan pengesahan penerimaan pelan-pelan struktur bagi semua kategori bangunan.
  5. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi tujuan penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (CFO) bagi semua kategori bangunan.
  6. Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi semua kategori bangunan.
Unit Penguatkuasaan Pemantauan Pembangunan
  1. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan dan siasatan terhadap binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.
  2. Memproses dan mengambil tindakan bagi aduan-aduan awam terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.
  3. Melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan pemeriksaan bagi bangunan tinggi melebihi 5 tingkat secara berkala.
  4. Menyediakan laporan dan tindakan terhadap isu-isu berkaitan kerosakan bangunan dan binaan yang tidak mengikut spesifikasi.
Bahagian Pentadbiran Am
  1. Perkhidmatan pelanggan dan pnyelenggaraan aduan awam.
  2. Menyelaras pergerakan fail-fail.
  3. Mengemaskini rekod permohonan, kelulusan pelan dan resit bayaran.
  4. Penyediaan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).
  5. Merekod makluman Kesiapan Bangunan (Borang F) untuk penilaian harta kepada Jabatan Penilaian.
  6. Menyelaras akuan perbelajaan / belanjawan Jabatan Bangunan.
  7. Menyelaras tindakan susulan terhadap aduan-aduan awam.
  8. Menguruskan pentadbiran perkhidmatan anggota dan membalas surat-menyurat.
Piagam Pelanggan
  1. Memberi kelulusan ke atas permohonan pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perundangan tidak melebihi 2 bulan.
  2. Memberi kelulusan ke atas permohonan pembangunan yang mematuhi kehendak-kehendak perundangan dalam tempoh 6 minggu bagi rumah sesebuah.
  3. Mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) tidak melebihi 2 minggu dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-kehendak yang telah ditetapkan.
  4. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

Jabatan Kawalan Bangunan 
Tingkat 4, Majlis Perbandaran Kemaman
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu.
( U.P : En. Manain bin Mat Harun)

No. Telefon : 09-8597777 samb. 1424 | No. Faks : 09-8595455