MENU
Objektif
  • Mahu menjadikan ICT di MPKemaman adalah yang terbilang
Fungsi
  • Memartabatkan imej teknologi maklumat MPK.
  • Menyeragamkan sistem-sistem yang digunakan di MPK ke arah Sistem Bersepadu di Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mengkaji, membangun dan menyelenggara pembangunan sistem di MPK.
  • Memberi perkhidmatan dan sokongan dalaman kepada pengguna komputer berkaitan dengan teknologi maklumat.
  • Membangunkan infrastruktur teknologi maklumat dengan berkesan.
  • Melatih dan meningkatkan tahap kesedaran pengguna-pengguna komputer dengan teknologi maklumat.
Piagam Pelanggan

Projek Pembangunan Sistem / Infrastruktur ICT

Membangunkan sistem / infrastruktur ICT dalam tempoh berikut:

  • Sistem bersaiz kecil – Dalam tempoh tidak melebihi 30 hari bekerja (1 Bulan).
  • Sistem bersaiz sederhana – Dalam tempoh tidak melebihi 180 hari bekerja (6 Bulan).
  • Sistem bersaiz besar – Dalam tempoh tidak melebihi 365 hari bekerja (1 Tahun).

Pengurusan Aduan ICT

  • Sebarang pertanyaan, aduan dan kerja baik pulih yang tidak kritikal akan diambil tindakan dalam tempoh masa 1 hari bekerja.
  • Bagi aduan yang kritikal dan rumit yang memerlukan kepada kajian lebih lanjut, tempoh tindakan penyelesaian adalah selama 30 hari bekerja.

Kompetensi ICT

  • Mengadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun latihan kompetensi ICT kepada kakitangan Majlis.

Perolehan ICT

  • Menguruskan pembekalan perkakasan dan perisian ICT dalam masa 90 hari bekerja bagi perolehan berbentuk sebutharga dan tender dari tarikh penerimaan surat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga dan Tender Majlis.

Penyelenggaraan Perkakasan & Sistem Maklumat

  • Memastikan penyelenggaraan pencegahan perkakasan dan sistem maklumat dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Mengemaskini Laman Web

  • Mengemaskini semua maklumat laman web dalam tempoh 3 hari selepas maklumat diterima.
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

Jabatan Teknologi Maklumat
Tingkat 3, Majlis Perbandaran Kemaman,
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu.
(U.P : En. Ahmad Sheikh b Abd Rahim)

No. Telefon : 09-8597777 samb. 323 | No. Faks : 09-8595455

e-Mel : asheikh@mpkemaman.gov.my