MENU
Latar Belakang
  • Unit Audit Dalam MPK diwujudkan mulai 1 Mei 2006. Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan kawalan dalaman majlis sentiasa dipertingkatkan dengan membuat beberapa penilaian serta kajian ke atas operasi-operasi dan rekod-rekod majlis.
  • Unit ini adalah satu unit berasingan yang ditubuhkan di bawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Yang Dipertua dan Setiausaha MPK.
Visi
  • Audit akan sentiasa diiktiraf oleh komuniti dan pihak pengurusan MPK menerusi pengauditan yang professional dalam usaha mempertingkatkan akauntabiliti dan penambahbaikkan proses kerja yang lebih efisen dan efektif.
Misi
  • Meningkatkan akauntabiliti dan memastikan penggunaan sumber-sumber secara ekonomik, efisen dan efektif melalui perkhidmatan audit yang bebas, professional dan berkualiti.
Objektif
  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dengan efisen efektif, & sistematik mengikut arahan kerja yang di tetapkan.
  • Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan tepat pada masanya untuk dikemukakan kepada jawatankuasa Audit, Yang Dipertua, dan pihak yang diaudit.
Fungsi
  • Menentukan sama ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti.
  • Mengulangkaji dan menilai secara teratur dan sistematik, operasi-operasi setiap unit dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keberkesanan dan ekonomi.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi unit dalam bidang-bidang yang memerlukanya atau dalam keadaan dimana tindakan pembetulan adalah diperlukan.
  • Memberi laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya kepada setiap ketua unit mengenai operasi-operasi unit tersebut supaya beliau dapat meninjau akan kedudukan unitnya, bagaimana rancangan-rancangan dan samada matlamat-matlamat dicapai dan juga samada wang awam digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekap.
  • Bertanggungjawab meyakinkan YDP secara bebas melalui jawatankuasa audit bahawa sistem kawalan dalaman berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.
  • Mengemukakan rancangan audit kepada jawatankuasa audit.
  • Menjalankan kajian yang tetap dan sistematik terhadap sistem kawalan dalaman bagi memberi jaminan yang berpatutan bahawa sistem berkenaan terus beroperasi secara memuaskan dan berkesan di dalam kumpulan.
  • Mengkaji kecukupan pengurusan risiko, keberkesanan dan kecekapan sistem kawalan dalaman, pematuhan terhadap aturan yang telah ditetapkan, garis panduan, undang-undang, & peraturan, kebolehpercayaan dan kewibawaan maklumat, dan kaedah melindungi aset.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan YDP.
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
Aktiviti

 

  • Teknik Audit
Carta Organisasi Alamat Jabatan

 

Pengarah,
Jabatan Transformasi dan Audit Dalam

Tingkat 3, Majlis Perbandaran Kemaman,
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu.
(U.P : En. Mohd Khairul Maswan bin Mohd Redzuan)

No. Telefon : 09-8597777 | No. Faks : 09-8595455