MENU

2 Januari 2019 : Majlis jamuan akhir tahun dan sambutan tahun baharu 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Johan bin Ibrahim.

Majlis tersebut bertujuan bagi mendengar amanat Tahun Baharu 2019 yang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua bagi memberi perangsang kepada semua kakitangan agar terus maju dan berkhidmat dengan penuh dedikasi serta memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan penyampaian hamper kepada semua Ketua Jabatan dan Bahagian bagi memberi penghargaan sepanjang tempoh 2018. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan montaj KIK serta penyerahan semula Piala Pusingan dan plak yang telah memenagi 2 anugerah iaitu Anugerah YB Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu yang membawa pulang RM10,000.00 dan Anugerah Khas Inovasi yang membawa pulang RM7,000.00. Tahniah kepada pasukan Majlis Perbandaran Kemaman.

Semoga terus maju dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat demi mewujudkan perbandaran yang maju, berdaya saing dan lestari ke arah mencapai Kemaman Idaman seiring dengan Visi & Misi MPK.

 

[Ke Galeri Gambar]