MENU

20 Feb 2018 : Majlis Perasmiaan Lori Kompaktor Kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kemaman telah diadakan di ruang parkir Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Johan bin Ibrahim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

Pihak Majlis Perbandaran Kemaman telah  melantik 4 buah syarikat bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman. Adalah menjadi syarat dimana pihak kontraktor kutipan sampah perlu menyediakan sekurang-kurangnya sebuah lori kompaktor untuk kerja-kerja pengurusan sisa pepejal pada tahun kedua kontrak.

Pihak kontraktor telahpun mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Majlis dan Tuan Yang Dipertua turut mengingatkan agar pihak kontraktor yang hadir agar memastikan kerja-kerja kutipan sampah dijalankan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan bagi memastikan Daerah Kemaman sentiasa bersih dan indah.

Turut hadir dalam program ini ialah Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, pengarah-pengarah jabatan dan wakil-wakil pengarah di Majlis Perbandaran Kemaman.

[Ke Galeri Gambar]