MENU

15 Okt 2017 : Satu Pertandingan Memasak Bubur Ayura Peringkat Majlis Perbandaran Kemaman telah diadakan pada 15 Okt 2017 bertempat di Parkir Kereta, Jalan Padang ( Sebelah Pej. Tanah & Daerah Kemaman). Bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari. 

Pertandingan tersebut diadakan bagi mengimarahkan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan MPK (KKSMPK).

Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Johan bin Ibrahim. Turut serta Tuan Setiausaha, Tuan Haji Anuar bin Awang, dan ahli-ahli majlis Majlis Perbandaran Kemaman.Pelbagai kategori dipertandingkan. Berikut adalah pemenang bagi pelbagai kategori :

1. Kategori Pakaian Kreatif- JPPH 1
2. Hiasan Gerai Tercantik -Jab Landskap
3. Kerjasama Kumpulan - Jab Perancangan Bandar
4. Bubur Asyura Paling Kreatif- Bahagian Letak Kereta

Johan -  Jab Perbendaharaan
Naib Johan  JPPH 2

Tempat Ke 3 - JKAS

Tahniah kepada semua pemenang.

[Galeri Gambar]