MENU

15 Mei 2015 : Majlis Makan Malam Sempena Perpisahan YB Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar dan En Ahmad Nazwawi bin Harun telah diadakan di Dewan Sri Amar pada jam 7.45 malam. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh kakitangan MPK termasuk ahli-ahli majlis MPK.

Acara yang dimulai dengan ucapan oleh Wakil Kelab KESUMA, Wakil Jabatan, dan Wakil Ahli Majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Bekas Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, En Ahmad Nazwawi bin Harun dan seterusnya ucapan keramat oleh Tuan YDP. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Pengarah Jabatan Perundangan, Pn. Sina Suria bt Ramli.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang Bulanan serta penyerahan sijil bagi Johan Kereta Berhias peringkat Negeri Terengganu. Pelancaran baju baru bagi Pekerja Awam juga dirasmikan pada malam ini. Acara diakhiri dengan cabutan bertuah.

Terima kasih buat Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar. Jasamu tetap dikenang.

[Photo Gallery]